SEBUAH zoo di England pada Selasa berkongsikan rakaman video beruang matahari secara dekat bagi menunjukkan tindak-tanduk sebenar haiwan liar itu kepada masyarakat.
Ini selepas video haiwan spesies sama di sebuah zoo di China tular di media sosial sehingga menjadi buah mulut netizen yang mendakwa beruang itu tidak asli sebaliknya manusia yang mengenakan maskot.
“Kami boleh sahkan bahawa Kyra ialah seekor beruang matahari,” menurut kenyataan di media sosial Taman Hidupan Liar Paradise yang terletak di Hertfordshire.
"Beruang matahari mungkin kelihatan seperti manusia apabila ia berdiri, tetapi sebenarnya memang tingkah laku semula jadi haiwan ini untuk berdiri di atas kaki belakang," tambahnya.
Beruang yang diberi nama Angela di Zoo Hangzhou menjadi tular dalam kalangan netizen China sepanjang minggu ini.
Dalam video itu, tindak-tanduk beruang berkenaan kelihatan seperti manusia dan sedang berdiri.
Haiwan dengan nama saintifik Helarctos Malayanus itu merupakan hidupan liar yang boleh ditemui di hutan Thailand, Malaysia, Myanmar, Vietnam dan Indonesia.
Astro Awani
Thu Aug 03 2023
Taman Hidupan Liar Paradise di Hertfordshire, England mengeluarkan video di media sosial yang menunjukkan beruang matahari boleh berdiri dengan dua kaki dan kelihatan seperti manusia.
Serangan Balai Polis: Tujuh individu direman hari ini
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
Kita bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilla Omar, yang akan mengikuti liputan berkenaan hari ini.
Kita bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilla Omar, yang akan mengikuti liputan berkenaan hari ini.
AWANI Pagi: Kapas Marathon Crossing Swimathon 2024
Kerajaan Negeri Terengganu anjur kejohanan sukan renang marathon patuh syariah, yang pertama di Malaysia.
Sistem e-Jamin diteruskan
Kerajaan akan meneruskan penggunaan sistem pengurusan ikat jamin elektronik atau e-Jamin.
Israel pertahan hak serang Rafah di ICJ
Pasukan peguam Israel di ICJ menegaskan ia mempunyai hak mempertahankan diri dari Hamas, walaupun Afrika Selatan memohon hentikan serangan di Rafah.
Bantuan AS untuk Gaza tiba di Cyprus menanti pemindahan
White House mengesahkan bantuan tambahan AS untuk Gaza kini tiba di Cyprus, menunggu pemindahan melalui jeti sementara yang dibina di wilayah itu.
FIFA dapatkan nasihat perundangan sebelum gantung Israel
FIFA akan mendapatkan nasihat perundangan sebelum bersidang pada Julai untuk membincangkan permohonan Palestin menggantung Israel dari perlawanan antarabangsa.
Alami era baharu televisyen dikuasakan AI daripada Samsung
Empat ciri utama diketengahkan: 'AI Image Upscaling', 'AI Sound', 'AI Energy Mode', dan paling penting, 'AI Security.'
ProAIBI2024 anjuran Politeknik dan Kolej Komuniti fokus Kelestarian Alam Bina
ProAlBi 2024 tahun ini memperkenalkan segmen baru dengan kolaborasi antarabangsa dari Kolok Industrial and Community Education College, Thailand.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah Jawatankuasa Bersama Dalam Perdagangan kepada Suruhanjaya Bersama
Kedua-dua negara juga bersetuju untuk menganjurkan penglibatan perniagaan dua hala secara kerap.
Polis siasat ancaman jemaah islamiyah dalam negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi Jumaat.
Beruang matahari rosakkan kebun kelapa masuk perangkap
Haiwan tersebut memasuki perangkap yang dipasang anggota Perhilitan selepas menerima aduan berhubung serangan hidupan liar itu pada 28 Februari lalu.
Peserta ternakan kelulut UMT rugi RM30,000 akibat serangan beruang matahari
Kejadian disedari oleh seorang daripada peserta kira-kira 8 pagi tadi ketika mahu membersihkan kawasan ternakan kelulut itu.
Penduduk gusar beruang masuk kampung
Seorang mekanik kereta di Kampung Padang Tapong dikejutkan dengan kehadiran seekor beruang matahari di kawasan rumahnya pada malam Isnin.
Perhilitan Kelantan tangkap beruang matahari di Jeli
Beruang matahari tersebut merupakan seekor daripada dua yang dikesan berkeliaran di kampung tersebut sejak September lepas.
Lega beruang matahari masuk perangkap
Penduduk di Kampung Jerek akhirnya berlapang dada apabila seekor beruang matahari yang berkeliaran dan bersarang di situ telah masuk ke perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman N
Beruang itu bukan palsu! - Zoo England
Menurut Pusat Hidupan Liar Paradise yang terletak di Hertford-Shire, haiwan itu memang benar-benar beruang matahari.
Zoo China didakwa guna manusia menyamar beruang matahari
Netizen mencetuskan kontroversi dalam media sosial yang mendakwa beruang dalam zoo tersebut bukan haiwan sebenar tetapi manusia.
Beruang matahari akhirnya masuk perangkap
Beruang matahari akhirnya masuk perangkap
Disangka anjing, rupanya beruang sesat masuk kampung
Penduduk di Kampung Jelutong, Malim Nawar dekat sini gempar apabila melihat seekor beruang matahari di kawasan berkenaan pada Jumaat.
Beruang matahari tersesat gigit anggota bomba berjaya ditangkap
Seekor beruang matahari dipercayai tersesat di kawasan sawah di Kampung Selengkoh, Yan, berjaya ditangkap sekitar 1 tengah hari tadi.